Jumaat, 31 Mei 2013

Pengajaran Daripada Drama Korea Cheongdam-dong Alice

Oleh sebab tidak ada cerita lain yang mahu dikongsikan, disini saya ingin berkongsi sedikit pengajaran yang saya dapat daripada drama Cheongdam-dong Alice.
Di bawah ini ada sedikit maklumat mengenai drama ini:

Drama ceria seolah-olah kisah dongeng ini, Cheongdam-dong Alice adalah cerita seorang pereka yang bersemangat tinggi bernama Han Se Kyung (Moon Guen Young), yang mencemburui kejayaan musuhnya. Han sangat teruja dan bersemangat bila dia ditawarkan kerjaya impiannya di sebuah butik berprestij bernama GN Fashion, dan hidupnya berubah bila dia bertemu dengan seorang CEO muda yang hebat.Dia sentiasa berpegang dengan prinsip bahawa setiap kejayaan mesti ada usaha yang gigih.Halangan demi halangan terpaksa diharunginya untuk merealisasikan impiannya.

Apakah yang terjadi seterusnya kepada Han? Apakah dia terpaksa menyamar atau berlakon untuk memenangi hati jejaka CEO tersebut? Kalau hendak tahu kesudahannya, cubalah menonton drama ini... ^_^

Dibintangi oleh Moon Geun Young, Park Si Hoo, So Yi Hyun & Kim Ji Suk.

Ok, berbalik kepada tujuan asal saya menulis entri ini.
Antara pengajarannya ialah:)

  1. Walau apapun yang ayah kita lakukan kepada kita, yakinlah bahawa seorang ayah tidak akan sanggup membiarkan anaknya hidup dalam kesusahan. Contoh dalam drama ini ialah ketika ayah kepada Cha Seong Jo(Park Shi Hoo) membeli lukisan anaknya secara rahsia tanpa pengetahuan anaknya untuk membantu anaknya meneruskan hidup. Pada akhirnya, Cha Seong Jo sedar bahawa dia tidak akan berjaya tanpa ayahnya.
  2. Dalam hidup ini kita mesti berusaha untuk berjaya kerana tidak semua orang mempunyai keluarga yang berada sejak daripada kecil seperti Cha Seong Jo. Sikap ini dapat dilihat dalam diri Han Se Kyung yang sanggup berusaha gigih semata-mata ingin memasuki Cheongdam-dong. Namun, kita haruslah pandai memilih antara yang baik dan buruk agar kita tidak mengalami kesusahan pada kemudian hari.
  3. Sentiasalah berkata benar seperti pepatah arab yang bermaksud 'berkatalah benar walaupun pahit'. Kita harus mengambil iktibar daripada kisah ini apabila Han Se Kyung yang sering berasa tidak tenteram kerana telah menipu orang yang disayanginya. Akibatnya, dia telah dimarahi oleh Cha Seong Jo apabila dia mengetahui perkara yang sebenar.
  4. Orang selalu cakap yang kalau kita cintai seseorang, cintailah sekadarnya dan kalau kita benci akan seseorang bencilah sekadarnya kerana boleh jadi orang yang kita cinta itu kita benci dan sebaliknya. Contoh daripada drama ini ialah rakan sekolah Han Se Kyung, Seo Yoon Joo(So Yi Hyun)  dan Tommy Hong(Kim Ji Suk).






Rabu, 22 Mei 2013

Cara buat aiskrim goreng...

Sebenarnya sudah lama saya cari aiskrim ini yang belum digoreng dipasaran tetapi tidak pernah jumpa pun. Akhirnya saya cuba buat sendiri aiskrim ini..

Bahan-bahan yang diperlukan...
  1. Roti gardenia( roti lain pun boleh)
  2. Aiskrim( tak kisah perisa apa)
  3. Cawan
Cara-cara...
  1. Ambil sekeping roti.
  2. Letakkan aiskrim atasnya dan ambil sekeping lagi roti dan letak diatasnya.
  3. Selepas itu, ambil cawan dan tekapkan ke roti tadi untuk membuat bentuk bulat.(pastikan tekap kuat-kuat agar aiskrim tak terkeluar.
  4. Panaskan minyak dan goreng.( Pastikan minyak sudah panas ketika hendak goreng dan goreng sekejap je sampai coklat kekuningan...
Maaflah tidak ada gambar.Nanti kalau saya berkesempatan buat lagi saya letakkan gambar.

Selamat Mencuba

Apa Guna, Lebih Baik...

Apa guna hidangan yang lazat,
pabila dimakan kurang nikmat.
Apa guna masa yang senggang,
jika hati tidak merasa senang.
Apa guna ilmu yang tinggi,
jika sentiasa meninggi diri.
Apa guna kawan yang ramai,
andai keikhlasan dihati tidak disemai.

Namun,
Lebih baik hidangan itu dikongsi untuk merasa nikmat.
Lebih baik masa itu diluang untuk beramal.
Lebih baik ilmu itu ditabur pada yang sudi.
Lebih baik berkawan kerana Illahi.

In Sha Allah, ketenangan hidup yang abadi akan diperolehi.

>cetusantitiankehidupan<



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...