Sabtu, 31 Mac 2012

ujian....

Kenapalah aku sering diuji? Susahnya soalan ni! Dan bermacam lagi rungutan yang meniti di bibir di kala dihimpit ujian yang mensesakkan jiwa. Tidakkah kita terfikir bahawa ujian ataupun imtihan yang datang akan lebih menguatkan kita untuk melayari kehidupan yang penuh pancaroba ini. Kita selalu berdoa agar diberi kekuatan untuk menghadapi ujian dengan tabah tapi tanpa ujian bagaimana kita mahu jadi kuat...Oleh itu, kita haruslah bersabar dalam menghadapi ujian kerana Allah tidak akan menguji seseorang itu melebihi kemampuannya sendiri. ...


Mengapa kita sering mengeluh setiap kali dilanda kesusahan
Sedangkan kita boleh meminta kepada-Nya agar diberi kekuatan
Tidakkah kita sedar ujian itu hanyalah peringatan
Buat kita yang acap kali kealpaan.

Mengapa kita suka merintih mengharapkan simpati insan
Sedangkan kita boleh mengadu kepada-Nya agar dipermudahkan
Yakinlah bahawa mehnah itu mewujudkan kekuatan
Sepanjang kita melewati kehidupan....

>nukilantitiankehidupan<

bermula satu perjalanan...

Sudah lama rasanya saya tidak menulis entri baru dalam blog ini. Semuanya gara-gara perasaan takut,gemuruh dan yang sewaktu dengannya untuk menerima keputusan spm. Alhamdulillah, usaha saya selama ini membuahkan hasil. Walaupun tidak mendapat semua A, sekurang-kurangnya keputusan ini boleh menyenangkan hati kedua orang tua saya. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru, ibubapa dan rakan-rakan yang bayak membantu saya selama ini. Sayang kamu semua sangat-sangat.

Kala ini saya sedang sibuk untuk mengisi permohonan yang sesuai dengan kelayakan saya. Tak banyak pun yang dapat mohon. Cuma ipg dengan mains je. Sebelum ni saya sudahpun memohon matrik dan upu. Tapi yang sedihnya bila saya 'check' balik keputusan saya tidak cukup untuk mengambil bidang perubatan atau pergigian di uia. Jadi saya pun buat keputusan untuk mengambil bidang sains hayat. Harap-harap dapatlah sebab dari dulu saya teringin nak masuk uia.

Sekarang baru saya sedar susah jugak nak merancang hidup lepas habis sekolah. Dulu, masa masih bersekolah  teringin sangat nak habis sekolah. Tapi, bila dah habis ni rasa rindu pulak. Betullah yang manusia ni akan berasa sering tidak puas dengan segala yang kita ada. Perasaan saya selepas menamatkan sesi persekolahan bercampur-baur. Gembira ada, sedih ada takut pun ada jugak bila memikirkan yang saya akan mula menentukan masa depan saya sebelum ini. Adakah saya dapat memperbaiki diri saya dan menjaga tingkah laku saya di luar sana? Adakah saya akan menjadi orang yang berjaya ataupun tidak? Seramnya bila memikirkan hal sebegini.

Tapi bila difikirkan balik, sama ada saya bersedia ataupun tidak masa akan terus berjalan meninggalkan saya. Nak tak nak saya terpaksa juga menghadapinya dengan berbekalkan ilmu dan kudrat yang ada untuk menempuh hari mendatang yang tidak saya ketahui. Jika saya ingin maju saya perlulah berusaha bersunggu-sungguh. Bak kata pepatah inggeris .'what you gives you get back'. Setakat ini sahaja catatan saya pada kali ini......

                                                     

Selasa, 20 Mac 2012

Apa nak jadi....

Apa nak jadi pada manusia zaman sekarang ni. Sini-sana pasti akan mendengar perihal manusia yang tidak berperikemanusiaan ini. Tidak lama selepas rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita yang meyedihkan tentang arwah adik Dirang ada lagi kejadian culik yang lain berlaku lagi.
Semasa saya menonton Buletin Utama malam ini, saya terdengar satu kejadian yang mengejutkan...
Pada petang Ahad baru-baru ini Siti Nur Fatihah,15, telah dilarikan dengan sebuah kereta bercermin gelap ketika ke kedai untuk membeli top-up bersama-sama dua orang adiknya. Bagaimanapun, adik-adiknya  terselamat....Masa saya dengar berita ni, saya terus beritahu dekay emak saya. Emak saya terus menonton berita itu dan berkata.....apalah nak jadi dengan dunia sekarang ni? macam-macam jenayah berlaku...




inilah gambar siti nur fatihah yang dipercayai diculik
*
*
*
Saya pun terfikir, dunia ni tidak aman lagi...Negara luar seperti Palestin terlibat dalam peperangan yang tak pernah selesai. Negara barat pula terdapat pelbagai anasir yang boleh merosakkan akhlak manusia.Hak asasilah, gay,lesbian,punk,gothic, persamaan haklah dan macam-macam lagi. Mereka takkan puas selagi tak dapat mempengaruhi anak-anak muda terutamanya pemuda-pemudi Islam seperti kita. Kadang-kadang, bila difikirkan balik tentang hak asasi yang mereka agung-agungkan tu, kenapa mereka kisah sangat tentang wanita Islam yang menutup aurat.Mereka cakaplah yang Islam ini ekstrimlah. Bagi sayalahkan, kalau mereka mementingkan hak asasi manusia, mereka seharusnya mebiarkan setiapa orang mengamalkan ajaran agama mereka sendiri. Tak payahlah nak halang orang Islam untuk menutup aurat siap. Biarlah semua manusia bebas melakukan kehidupan seharian mereka berlandaskan agama. Orang barat pasti akan membenarkan semua itu berlaku jika mereka benar-benar menyokong hak asasi manusia. Sekarang siapa yang sebenarnya menghalang hak asasi manusia untuk mengamalkan ajaran agama yang sohih.....Renung-renungkanlah...
*
*
*
Cukup pasal negara luar. Negara kita yang merupakan negara ke-19 terselamat di dunia pun terdapat banyak kejadian berlaku.(maaf kalau maklumat salah). Anak-anak muda kita banyak yang terlibat dalam dadah.Siapakah yang boleh dipersalahkan??? Jangan salahkan ibu yang mengandung jika kita sebagai masyarakat setempat tidak membantu membimbing anak-anak muda. Pimpinan melalui tauladan. Pemuda-pemudi seperti saya pada hari ini amat mengharapkan tunjuk ajar dari orang yang lebih berpengalaman yang memiliki pekerti yang baik untuk dijadikan contoh. Orang dewasa pula, janganlah terus menuding jari kepada para belia sekiranya terdapat masalah yang berlaku.....

*
*
*
Setakat itu saja untuk entri kali ini.Sekadar pandangan dan perkongsian melalui kaca mata saya yang baru setahun jagung ini. Andai ada silap dan salah harap dimaafkan....


Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Salah silap harap dimaafkan...:)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...