Selasa, 6 Mac 2012

Titian Kehidupan......
*
*
*
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya pilih nama ni.(macam ade orang je bace blog ni). Titian kehidupan...Sebagai manusia kita akan sentiasa berjalan di bumi Allah yang kaya ini. Saya guna istilah titian sebab seperti yang kita tahukan titi merupakan jalan yang kecil.Kadangkala kita akan terjatuh bila melaluinya. Begitulah juga dengan kehidupan. Saban waktu kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan tidak kira kecil ataupun besar. Sebagai seorang insan yang kerdil di bumi Tuhan ni, kita akan tersilap langkah dan terlupa sesuai dengan maksud insan yang berasal dari perkataan nisian yang bermaksud pelupa. 
*
*
*
Tetapi janganlah kita menggunakan kelemahan kita itu untuk terus menerus melakukan kesilapan. Kita seharusnya kembali kepada Al-Quran dan Assunah jika sudah tersilap langkah serta memohon ampun dari Allah.Oleh itu, sama-samalah kita berusaha meniti titian kehidupan ini dengan berhati-hati agar tidak tergelincir dari landasan dan tujuan hidup yang sebenar iaitu untuk beribadah kepada Allah Yang Esa...


KEHIDUPAN MERUPAKAN SEBUAH ANUGERAH
YANG TIDAK TERNILAI HARGANYA JIKA HENDAK DIBANDINGKAN DENGAN WANG RINGGIT...
KEKHILAFAN SERTA KESILAPAN MERUPAKAN SESUATU JALAN 
DALAM MENUJU KEJAYAANYANG SEBENAR...
HARGAILAH HIDUP DENGAN SEBAIK-BAIKNYA...
(TAMAT)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...