Ahad, 29 April 2012

Cinta Lima Jari...

Tadi baru menonton cerekarama yang bertajuk Mencintaimu. Watak utama ialah Khairil Izwan (lakonan Eman Manan dan Juliana( lakonan Sharifah Amani). Dekat sini tak perlulah saya nak mengulas tentang cerekarama tersebut sebab..............saya tak tengok dari awal...
*
*
*
Japjapjap.....
*
*
sabar ye...hehe(nak ambil 'mood kejap)
*
*
*
Ok, sekarang ni straight to the point.....
*
*
Cinta Lima Jari
apa ada dengan cinta lima jari..
untuk pengetahuan semua, dalam cerekarama tersebut, Khairil Izwan telah mengemukakan analogi tentang cinta lima jari......
Sebenarnya macam ni.....
Cuba kamu semua temukan semua jari kamu semua...contohnya...ibu jari kanan bertemu ibu jari kiri dan seterusnya...
Lepas itu, kamu tutup kedua jari-jari hantu kamu semua....ala...macam masa genggam tangan tu tapi ni jari hantu je....
Lepas itu, cuba kamu cuba pisahkan ibu jari kanan dan kiri...senangkan
Kemudian, kamu cuba pulak pisahkan jari telunjuk kanan dan kiri....mudahkan
Seterusnya, kamu cuba pisahkan pula jari kelingking kanan dan kiri.....senang jugak kan
Akhirnya, cuba kamu pisahkan jari manis kanan dan kiri...sukar kan
*
*
*
Sebab itulah cincin tunang dan cincin kahwin orang sarung dekat jari manis.
*
*
Nak tahu kenapa??????
*
*
*
Sebabnya ialah ibu jari tu melambangkan cinta kita dan ibubapa.
Nanti bila kita besar kita akan berpisah dan berjauhan dengan keluarga kerana kita akan mempunyai keluarga sendiri.

Jari telunjuk pulak melambangkan cinta kita dan adik-beradik kita. Satu hari nanti, apabila kita dan adik-beradik kita dah dewasa, kita akan ada haluan masing-masing dan keluarga sendiri. Maknanya kita juga akan berpisah.

Jari kelingking pula melambangkan cinta kita dan anak-anak. Anak-anak tidak semestinya akan bersama kita selalu. Hal ini kerana, bila mereka besar, mereka juga bakal mempunyai keluarga mereka sendiri.

Yang terakhir, cinta antara suami isteri. Sebab itulah jari tu susah dipisahkan kerana itu cinta yang kekal dan fitrah. Suami isteri akan saling memerlukan antara satu sama lain dalam menempuh segala suka dan duka. Tiada yang dapat memisahkan mereka kecuali Allah Yang Esa. Cinta yang suci antara suami isteri yang sah merupakan fitrah. Rasa cinta itu diterbitkan dalam hati manusia untuk memastikan kelangsungang zuriat umat manusia di dunia ini..

Setakat itu sahaja. Andai ada kekurangan dalam saya menulis entri ini harap dimaafkan. Saya hanya menulis mengikut apa yang saya fahami daripada analogi yang saya dapat daripada cerekarama yang bertajuk....Mencintaimu....
Sekadar perkongsian
>nukilantitiankehidupan<




pss:imej diambil daripada encik google

Selasa, 24 April 2012

Duhai Sahabatku...

Sahabatku
Perpisahan kali ini menjerut hatiku
Terbayang memori indah yang menyentuh kalbu
Di saat aku bersendirian melayan rindu
Bertemankan angin malam berlagu sendu.

Sahabatku
Andai mampu ingin kuputar kembali saat itu
Ingin kunikmati masa itu bersamamu
Namun apalah dayaku
Kerna semua itu diluar batas kemampuanku.

Sahabatku
Walau kita bersua muka bukan selalu
Namun aku ingin kau tahu
Engkau selalu berada dihatiku
Sepanjang aku melewati kehidupanku

>sekadar perkongsian<
>nysah940727<

>nukilantitiankehidupan<

Adab Bersahabat...

Saya pasti semua insan dalam dunia ini mempunyai sahabat. Terdapat banyak gelaran yang boleh diberikan kepada sahabat. Contohnya, teman, kawan, member dan variasi lagi gelaran. Hakikatnya, semua gelaran itu merujuk kepada seseorang yang mempunyai ciri-ciri semulajadi yang sama seperti kita.
Hidup ini pasti akan merasa sunyi andai tidak mempunyai sahabat. Dengan bersahabat, kita dapat berkongsi suka dan duka kita bersama. Sahabat yang baik ialah sahabat yang sentiasa berkawan dengan kita walaupun dia mengetahui kelemahan kita. Itulah gunanya sahabat iaitu untuk melengkapi kita dari segala segi kerana semua manusia mempunyai kelemahan mereka sendiri.

Namun, dalam kita sedar ataupun tidak, kita kadang-kadang terlupa akan adab-adab dalam bersahabat. Itu merupakan antara punca yang boleh menyebabkan kita sering berselisih faham dengan sahabat kita. Cukuplah setakat itu mukadimah saya. Di bawah ini saya sertakan sekali adab-adab dalam bersahabat.

1# Cintailah sahabat kita dan jadikanlah diri kita dicintai sahabat.

2# Bersahabatlah dengan orang baik,alim dan selalu tersenyum.

3# Selalu menunjukkan kegembiraan kita kepada mereka.

4# Jika kita menyayangi seorang sahabat tunjukkan bahawa kita sayang kepadanya.

5# Bersama-sama suka atau duka.

6# Selalu bertukar hadiah untuk eratkan kemesraan.

7# Jika salah faham, selesaikan dengan segera.

8# Selalulah bermaafan dan mengakui kesalahan diri.

9# Sentiasa mengambil berat akan diri sahabat.





Peribahasa Cina

Kali ini, tak tahu nak cerita apa. Tapi saya tetap mahu berkongsi ilmu yang saya dapat masa saya menyelak buku-buku lama tadi. Cubalah ambil pengajaran daripada peribahasa ini...



JIKALAU PERANCANGAN KITA UNTUK SETAHUN, KITA PERLU MENANAM PADI.
*
*
JIKALAU PERANCANGAN KITA UNTUK BERTAHUN-TAHUN, KITA PERLULAH MENANAM POKOK-POKOK. 
*
*
TETAPI JIKA PERANCANGAN KITA UNTUK BERKURUN-KURUN, MAKA KITA PERLULAH MENGUSAHAKAN KEJAYAAN MANUSIA. 
*
*
DENGAN CARA INI KITA AKAN TERUS MAJU DAN BERJAYA SELAMANYA...

>sekadar perkongsian<





Ahad, 22 April 2012

Akhirnya....Terubat juga rindu...

Akhirnya semalam dapat  juga saya dan keluarga saya menziarahi orang yang sangat kami rindui. Kalau hendak menghitung hari, rasa-rasanya sudah hampir dua bulan kami tidak menziarahi mereka.Untuk pengetahuan, mereka yang saya maksudkan di sini ialah atuk dan wan saya di kampung.Lantaran mak ayah sibuk dengan tuntutan tugas dan saya yang sibuk belajar memandu, itulah yang menyebabkan kami mengambil masa hampir dua bulan untuk melawat mereka. Seingat saya, kali terakhir kami sekeluarga balik ke kampung ialah semasa musim buah-buahan di kampung dulu. Apapun, atuk, wan , maafkanlah cucu atuk dan wan ni ye....Walaupun saya tahu mereka mungkin akan membaca.

Tetapi, adik saya yang dua orang lagi tidak dapat menyertai kami pulang ke kampung kerana minngu ini bukan waktu balik bermalam bagi sekolah mereka. Mungkin lain kali mereka boleh ikut sekali. Saya pun terfikir, nanti apabila saya dah masuk matrik ataupun asasi nanti mesti susah nak curi masa nak balik kampung. Jadi, saya mestilah menghargai setiap detik saya ketika bersama mereka sekarang.

Ok, setakat itu saja coretan saya kali ini. Sebelum itu, saya ingin berpesan walaupun sesibuk manapun kita,kita mestilah cuba untuk mencuri sedikit masa untuk menjenguk atuk dan wan@ ibu bapa di kampung. Ini kerana, pada usia mereka mereka tidak mengharapkan wang ringgit kita tetapi mereka hanya mahukan perhatian serta kasih sayang kita sebagai cucu ataupun anak. Setidak-tidaknya, jika kita sibuk sangat kita mestilah selalu menelefon mereka untuk bertanya khabar.




>sumber imej:internet@encik google<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...