Ahad, 15 April 2012

Belajar Memandu...

Tadi baru habis kelas memandu yang terakhir.Perasaan??? Lega sangat sebab lepas ni tak payah nak pergi lagi berlatih dekat pusat memandu tu. Penat nak tunggu giiran nak berlatih. Tapi esok ada ujian jpj. Ish....Seram sejuk badan dibuatnya bila terkenang pada ujian tu. Dapat tak saya buat esok?Harap -harap dapatlah, tak payahlah nak buat ujian jpj semula. Kalau tidak banyaklah lagi duit nak dikeluarkan. Lagipun, mak ayah yang kena bayarkan. Kesian mereka.
*
*
*
Ujian jpj....ada orang cakap lagi susah dari nak ambil spm. Haritu, masa belajar, ada berborak dengan seorang kakak ni. Dia kena buat ujian jpj semula. Saya ada tanya dia, jpj yang uji dia dulu garang ke tak? Pastu dia jawab yang jpj tu ada tolonglah sikit-sikit masa nak tukar lorong tu. Tapi jpj tu agak tegas. Lepas tu, akak tu ada cerita ada seorang kawan dia dapat jpj yang tak tegas. Jpj tu siap bagi kawan dia pilih jalan mana nak jalan....Bestnya kalau dapat jpj macam tu..
Setakat tu sajalah yang saya nak voretkan pada entri kali ini...Kepada yang sedang belajar memandu dan bakal mengambil ujian jpj, buat betul-betul tau.....Semoga berjaya....:)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...