Khamis, 19 April 2012

Temuduga....

Duhai blog..(tak memasal je. Macam blog ni boleh jawab)

hehe...

Hari ini baru saya berkesempatan untuk menulis tentang pengalaman saya ditemuduga buat kali yang pertama...
Untuk makluman, pada hari Selasa yang lalu, iaitu pada 17 April 2012 saya telah menghadiri satu temuduga mains yang bertempat di baitulmal majlis agama Islam Negeri Sembilan.
##
Pada malam sebelumnya, saya telah cuba mencari di internet tentang tips-tips temuduga untuk membantu dalam proses temuduga pada keesokan harinya.Antara tips yang ingin saya kongsikan disini ialah: 

-kita mestilah berpakaian yang sopan(kemeja bagi lelaki dan aju kurung bagi perempuan)
-menyediakan satu fail untuk mengisi sijil-sijil kita untuk menunjukkan kita bersungguh untuk menghadiri temuduga itu.
-mencari sedikit maklumat tentang agensi atau pertubuhan yang menawarkan pinjaman ataupun biasiswa itu.
-sebelum masuk kita mestilah memberi salam terlebih dahulu.
-jika penemuduga tidak menjemput kita masuk, kita bolehlah bertanya.....boleh saya masuk?(lebih kurang macam tulah...)
-duduk apabila penemuduga tu menjemput kita duduk
-jangan menggoyangkan kaki
-beri perhatian kepada semua penemuduga jika penemuduga lebih daripada seorang
-sebelum menghabiskan sesi temuduga ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana sudi menemuduga kita

ok...cukup pasal tips.Ni saya hendak cerita tentang pengalaman saya pulak.

Temuduga yang saya hadiri itu bermula pukul 2. Oleh itu, seawal pukul 12 tengah hari saya dan ayah saya bertolak ke Seremban. Di sana, kami telah bersolat Zuhur di masjid negeri yang terletak bersebelahan dengan baitulmal. Selepas itu, saya pun pergi ke baitulmal. Apabila sampai di sana ,saya dimaklumkan temuduga akan bermula pukul 3 petang kerana panel penemuduga ingin menunaikan solat terlebih dahulu..
Fuhh...leganya( sempat saya berkata dalam hati)...Tetapi kelegaan itu cuma sementara saja kerana setelah saya semak giliran saya, saya merupakan orang yang pertama....Dupdapdupdap..macam nak gugur jantung ni disebabkab terlalu gementar.
##
Lebih kurang pukul 3, saya dipanggil masuk.Saya diminta memperkenalkan diri terlebih dahulu.
Selepas itu, penemuduga telah bertanya tentang isu semasa....Agak susah jugaklah soalan tu. Masa tu saya rasa mahu cepat habis je kerana terdapat 4 orang penemuduga dalam bilik tu. Siap ada orang lagi nak rakam proses temuduga tu. Selepas itu, seorang penemuduga telah bertanya tentang soalan agama. Soalannya lebih kurang macam soalan psi masa spm dulu....Penemuduga tu siap tanya maksud perkataan tu dari segi bahasa dan istilah pulak tu.Pening kepala saya nak ingatkan balik pa yang saya belajar dalam psi tu...
##
Sampai ke penemuduga yang terakhir, beliau suruh saya baca satu teks dalam bahasa arab....Saya rasa agak tunggang langgang jugaklah nahu bahasa arab tu bila saya baca teks tu.... Yang paling saya tak sangka tu, penemuduga tu suruh saya jawab satu soalan tu dalam bahasa arab.Soalan tu lebih kurang macam ni....Apa guna hantar kamu pergi ke Timur Tengah tu...buat menghabiskan beras je....Mula-mula terkebil-kebil mata saya tak tahu nak jawab macam mana.Akhirnya penemuduga tu tolong bagi satu ayat dalam bahasa melayu dan beliau suruh saya tukarkan dalam bahasa arab....Macam nilah jawapannya...Saya dekat Malaysia je makan nasi dekat Mesir tak makan nasi....makan roti......Tergelak-gelak semua penemuduga tu bila saya jawab dalam bahasa arab yang agak berterabur tu...
##
Sebelum tamat sesi temuduga itu, penemuduga tu cakap yang kalau tak dapat tawaran itu, tak bermakna harapan saya akan terkubur di sini. Saya berasa sedikit lega bila mendengarya. Tambahan, nada suara penemuduga tu agak lembut tidak seperti sebelumnya.Sebelum keluar, saya pun mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana sudi menemuduga saya....
#
Selepas keluar dari bilik temuduga tu, rasa lega sangat. Walaupun saya berasa agak gementar ketika ditemuduga, saya berasa puas kerana saya telah merasai sendiri pengalaman apabila pertama kali ditemuduga. Takdelah saya rasa gemuruh sangat nanti kalau nak hadapi temuduga lagi pada masa akan datang. Bila saya tengok jam, baru saya perasan, lebih daripada setengah jam saya ditemuduga.....

Apapun, itulah saja perkongsian saya kali ini...

3 ulasan:

  1. salam,
    coretan yang menarik! :D
    saya ada interview maiwp esok. alang2 dah baca blog awak ni baru saya faham sikit selok belok interview tu nanti.
    macam susah je sebab ada kena cakap bahasa arab sikit
    huhu
    oh ya, yang pasal isu semasa tu contoh soalan2 yang dia tanya seperti apa ya?
    terima kasih jika sudi reply
    salam ukhwah :)

    BalasPadam
  2. Thanks kak..sebab sudu share dgn semua..saya pun ada temuduga kat maiwp esok pagi..kurang sikit stress..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...