Khamis, 12 April 2012

Do You Know???

Sila baca fakta-fakta di bawah ini sehingga habis.
Tahukah anda.....


  1. Tahukah anda dalam ahasa Inggeris dan Itali, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan ini dipercayai diambil dari watak paparazo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razi juga boleh dikenali dengan nama papa Razi.
  2. Tahukah anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun yang lampau,menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
  3. Tahukan anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak diekori lagi.
  4. Tahukah anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
  5. Benda ini yang lagi penting dari apa yang saya tulis sebelum ini. Tahukah anda, hampir semua orang yang membaca petikan yang keempat akan cuba mempraktikkannya dengan cuba menyentuh telinganya untuk memastikan dirinya normal ataupun tidak!!! JANGAN MARAH...haha
  6. Tahukah anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butiran-butiran besi lain ke arahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
  7. Tahukan anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
  8. Tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri.
  9. Tahukah anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi menurut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama 3 bulan.
  10. Tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindak balas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Hahaha.....
Sekadar hiburan....
Jangan ambil hati ye...
Sumber: >copy & paste.enterprise<


Kalau ada jarum yang patah
Jangan simpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan simpan dalam hati...






Pesana penaja: ketawa itu kadangkala boleh menjadi terapi untuk menghilangkan stress. Namun, janganlah kita ketawa berlebihan kerana ia akhirnya akan membuatkan kita menangis. Kita juga digalakkan agar ketawa tidak melebihi 3 harkat....

2 ulasan:

  1. Ni copy je,tapi tak ingat dari mana saya copy. Pencarian yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil..Hehe.Anyway,thanks.:)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...