Ahad, 22 April 2012

Akhirnya....Terubat juga rindu...

Akhirnya semalam dapat  juga saya dan keluarga saya menziarahi orang yang sangat kami rindui. Kalau hendak menghitung hari, rasa-rasanya sudah hampir dua bulan kami tidak menziarahi mereka.Untuk pengetahuan, mereka yang saya maksudkan di sini ialah atuk dan wan saya di kampung.Lantaran mak ayah sibuk dengan tuntutan tugas dan saya yang sibuk belajar memandu, itulah yang menyebabkan kami mengambil masa hampir dua bulan untuk melawat mereka. Seingat saya, kali terakhir kami sekeluarga balik ke kampung ialah semasa musim buah-buahan di kampung dulu. Apapun, atuk, wan , maafkanlah cucu atuk dan wan ni ye....Walaupun saya tahu mereka mungkin akan membaca.

Tetapi, adik saya yang dua orang lagi tidak dapat menyertai kami pulang ke kampung kerana minngu ini bukan waktu balik bermalam bagi sekolah mereka. Mungkin lain kali mereka boleh ikut sekali. Saya pun terfikir, nanti apabila saya dah masuk matrik ataupun asasi nanti mesti susah nak curi masa nak balik kampung. Jadi, saya mestilah menghargai setiap detik saya ketika bersama mereka sekarang.

Ok, setakat itu saja coretan saya kali ini. Sebelum itu, saya ingin berpesan walaupun sesibuk manapun kita,kita mestilah cuba untuk mencuri sedikit masa untuk menjenguk atuk dan wan@ ibu bapa di kampung. Ini kerana, pada usia mereka mereka tidak mengharapkan wang ringgit kita tetapi mereka hanya mahukan perhatian serta kasih sayang kita sebagai cucu ataupun anak. Setidak-tidaknya, jika kita sibuk sangat kita mestilah selalu menelefon mereka untuk bertanya khabar.




>sumber imej:internet@encik google<

2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...