Isnin, 21 Mei 2012

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang...

Masa saya tengah fikir tajuk apa yag saya hendak tulis tiba-tiba teringat pulak dekat cerita biar mimpi sampai ke bintang (lebih kurang macam itulah tajuknya). Cerita adalah lakonan Elfira Loy dan Randy Pangalila yang berlakon dalam nada cinta.Ala-ala antarabangsa gitu...hehe;
Oklah, saya bukannya mahu menulis tentang sinopsis cerita itu, tetapi saya ingin menyentuh sedikit tentang tajuk itu.
*
*
*
Biar mimpi sampai ke bintang...
Maknanyaya, jika kita mahu memasang cita-cita kita, kita mesti berazam setinggi bintang di langit. Maksud saya bukannya suruh berangan bintang-bintang bagai. Sebenarnya jika kita berazam, kita mestilah berazam tinngi-tinggi.
Nak tahu kenapa???
*
*
*
Bagi sayalah kan, tidak salah kita bercita-cita tinggi. Sekurang-kurangnya jika kita tidak dapat apa yang dicitakan itu, cita-cita itu tidak akan lari jauh. Analoginya macam ini. Jika kita berazam setinggi bintang di langit,jika jatuh, azam itu mungkin akan tersangkut di gunung mahupun pokok. Tetapi cuba bayangkan cita-cita kita hanya setinggi pokok, mesti cita-cita itu mudah jatuh ke tanah.
*
*
*
Contohnya macam inilah. Si polan bakal menghadapi spm tahun ini. Dia amat berpegang pada prinsip biar mimpi sampai ke bintang. Jadi, dia target untuk mendapat semua A+ dalam spm. Namun. pada akhirnya dia dapat 10 ataupun 9 A. Tetapi dia tidak berasa kecewa sangat keranag cita-citanya tidak lari jauh...
*
*
*
Jadi, kita janganlah takut untuk menanam azam tinggi-tinggi. Pedulikanlah semua yang orang lain mengata tentang kita. Asalkan Allah, keluarga dan kita sendiri tahu apa yang kita lakukan.  Manusia akan terus bercakap. Kalau kita baik mereka akan bercakap tentang kita, jika kita buat perkara tidak baik, makin banyaklah orang yang mengata. Semuanya terpulang pada diri kita sendiri..
Sekadar perkongsian.


Jumaat, 18 Mei 2012

Khilaf Perempuan

bila dia percaya, dia terlalu percaya.
bila dia menyayangi, dia menyayangi sepenuh hati.
bila dia memberi, dia memberi segala-galanya. 
kerana itulah, 
bila berhadapan dengan seorang lelaki,
perempuan perlu lebih berhati-hati.
janji manis di bibir itu,
mungkin akan menjadi sembilu yang akan menghiris bertahun lamanya.
impian dan harapan indah itu mungkin menjadi selumbar yang melukakan.
makanya, 
selagi belum pasti, jangan memberi sepenuh hati
selagi belum memiliki dan dimiliki secara sah dan halal,
jangan memberi segala-galanya.
kerana..
bila kita terlalu mudah memberi
maka kelak nanti kita akan sangat sukar untuk melepas pergi ..


Oleh itu, kuatkan iman dan jati diri
agar tidak mudah mempercayai
tipu daya yang datang dan pergi

Jangan biarkan cinta yang fitrah
Bertukar menjadi fitnah
Dek kelalaian kita 
Yang leka terbuai hawa nafsu semata

Khamis, 17 Mei 2012

Tengok Luaran Je Ke???

Tengok luaran je ke???
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa kaitan tajuk ini dengan entri ini.( macam ada orang je baca...haha)
*
*
*
Tiba-tiba saya terasa seperti blog ini memanggil-manggil saya untuk menulis pasal tajuk ini. (sebenarnya takde pun)
*
*
*
Entahlah, tapi saya terasa yang tajuk ini agak penting buat saya sebagai pesanan dan saya juga ingin kongsikannya. Kalau salah, harap maafkan ye....
*
*
*
Pernah tak kita semua menilai seseorang daripada luarannya sahaja? Saya mengaku saya pernah buat begitu.
Tapikan, bila difikirkan kembali, perbuatan itu macam tak elok diamalkan. Mestilah....Hendak tahu kenapa???
*
*
*
Di sini, saya nak kongsikan penilaian saya terhadap orang lain...
*
*
*
Apabila kita nampak seseorang pemuda berpakaian selekeh dan kurus kering, mesti terlintas dekat fikiran kita yang dia adalah seorang penagih dadah, walhal kita tidak pasti pun akan kebenarannya.
*
*
*
Tetapi pernahkah kita terfikir, mungkin dia seorang yang bekerja kuat untuk mencari sesuap nasi ibarat makan pagi kais pagi, makan petang kais petang untuk menyara ibubapanya yang sakit serta keluarganya.....Pernahkah kita terfikir???
*
*
*
Apabila kita ternampak seseorang memarahi seseorang dengan sebegitu teruk, mesti kita akan terfikir yang dia itu mesti seorang yang panas baran..
*
*
*
Tetapi kita tidak tahu yang dia sudah lama menahan kesabarannya terhadap orang yang dimarahinya tadi. Mungkin itulah kali pertama dia memarahi orang lain sebegitu kerana tidak tahan memendam rasa. Mungkin ada yang berpendapat tidak perlulah dia memarahi orang sebegitu. tetapi selalunya dialah yang selalu dipersalahkan. Orang yang telah mencabar kemarahannya telah dianggap sebagai seorang yang tidak bersalah.
*
*
*
Apabila kita mendengar orang memberi nasihat kepada orang lain. Mungkin kita akan fikir yang mereka ni berlagak bagus. Kita mesti berkata yang dia pun bukan seorang yang baik.
*
*
*
Namun, kita tidak tahu, mungkin kerana dia tidak mahu orang lain membuat kesilapan yang dia pernah lakukan itu.
*
*
*
Apabila kita melihat seseorang itu selalu gembira, kita mesti beranggapan yang mereka tidak mempunyai sebarang masalah.
*
*
*
Tetapi, kita tidak tahu yang dia sebenarnya sedang menghidapi penyakit yang teruk dan hanya menunggu masa untuk meninggal dunia. Kita tidak tahu bahawa dia sengaja berpura-pura gembira kerana dia tidak ingin orang disekelilingnya merasa sedih melihat keadaannya jika dia terus bermurung.
*
*
*
Kesimpulannya, janganlah menilai seseorang daripada luaran sahaja. Tidak semestinya cantik di luar turut cantik di dalam dan tidak semestinya buruk di luar dalamannya juga buruk. Kita bukanlah sesiapa untuk menilai sama ada seseorang itu baik ataupun buruk. Hanya Allah yang boleh menilai.
Mungkin juga ada yang beranggapan melihat penampilan luaran itu penting. Tetapi, bagi saya, kalau kita tidak suka luaran seseorang itu, janganlah kita tunjukkan yang kita benci padanya sebelum kita mengemali dia dengan lebih dalam. Ingatlah bahawa tidak kenal maka tidak cinta......Assalamualaikum....
*
*
*
Semua ini hanya pandangan saya sahaja yang telah saya lihat sepanjang melewati titian kehidupan ini. Andai ada dalam tulisan saya ini kata -kata yang bisa menyinggung perasaan saya minta maaf...

>sekadar perkongsian<
>nukilantitiankehidupan<



Cuba kita lihat buku, luarnya mungkin cantik tetapi cerita di dalamnya tidak pasti lagi....Renungkanlah ~~

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru ^_^

Saban tahun, tanggal 16 Mei menjadi detik yang bermakna buat seorang insan yang bernama guru.
Sebagai seorang anak kepada ibubapa yang merupakan seorang guru, saya dapat rasakan bahawa hari guru merupakan hari yang bermakna buat mereka. Bagi saya, semua orang adalah seorang guru kerana saya pasti setiap orang pernah mengajar seseorang ataupun menasihati seseorang ke arah kebaikan. Jadi, selamat hari guru semua......Oklah tu, setakat tu je. Nanti meleret pulak.....hehe....



sumber imej: google



Selamat Hari Guru



Isnin, 14 Mei 2012

Pejam, pelik ^_^

Pejam,pelik,pejam,pelik.....hehe....bila tengok tajuk ni pun saya rasa pelik...
Sebenarnya, pejam,celik,pejam celik...
Bulan Mei hampir berakhir. Hujung bulan ni saya akan mendaftar ke program tamhidi di Usim. Untuk pengetahuan semua, tamhidi ni lebih kurang asasi je, cuma namanya yang lain....
Perasaan......
*
*
*
Bercampur baur..teruja, gembira, sedih, semuanya ada. Saya berasa teruja dan gembira kerana saya akan mula belajar selepas sekian lama bercuti. Mana tak lama. Hampir 6 bulan saya telah bercuti daripada belajar. Duduk rumah saja selama cuti ni. Kalau belajar pun masa nak ambil ujian komputer untuk memandu saja.
*
*
*
Kalau dah masuk belajar ni, maknanya saya akan menjadi lebih sibuk dengan tuntutan sebagai seorang pelajar selepas ni. Maknanya selepas ni mungkin blog ni akan bersawang kerana lama tidak di'updatekan'. Apapun, tugas sebagai seorang pelajar harus diutamakan dahulu. Kalau berkesempatan saya akan cuba mencuri masa untuk update blog ini.
*
*
*
Saya telah menerima tawaran tamhidi dalam kos sains dan teknologi. Mula-mula rasa terkilan jugaklah kerana tidak dapat kos yang diinginkan. Tetapi bila difikirkan balik, mungkin ada hikmah disebaliknya. Kita sebagai hamba sepatutnya bersyukur dengan segala yang telah kita terima. Mungkin apa yang kita ingat baik untuk kita, tidak baik untuk kita. Dan mungkin apa yang kita tidak mahu itulah yang terbaik untuk kita. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya kerana perancangan Allah yang lebih baik untuk kita. Setakat ini sahaja coretan saya pada kali ini.
>sekadar perkongsian<
>nukilantitiankehidupan<

info:
usim=Universiti Sains Islam Malaysia

                                                 
  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...