Khamis, 10 Mei 2012

Cinta Sejati...

Apa yang anda semua fikir bila kali pertama membaca tajuk bagi entri ini? Adakah cinta antara adam dan hawa?
*
*
Sebenarnya......
*
*
*
Tidak sama sekali. Mungkin ada yang beranggapan cinta antara lelaki dan perempuan juga  merupakan cinta sejati, tetapi saya menulis entri ini untuk menyentuh satu lagi cinta sejati yang kadangkala dipandang sebelah mata oleh segelintir orang. Semoga saya dan pembaca tidak tergolong dalam golongan yang segelintir itu.
*
*
*
Cinta sejati.....perkataan itu pasti membuahkan seribu persoalan dalam benak kita.
*
*
*
Tidakkah kita sedar bahawa terdapat seorang insan yang amat menyintai kita setulus hatinya. Dia menyintai kita tanpa mengharapkan sebarang balasan pun.
Dialah seorang pencinta yang setia yang sanggup membawa kita kemana sahaja dia pergi selama 9 bulan 10 hari....
Lamakan....
Mungkin kita tidak terasa lama kerana kita belum ataupun tidak akan pernah mengalaminya...
Dialah insan yang sanggup mengorbankan nyawanya sendiri hanya untuk melahirkan kita ke dunia realiti...
Sakit, perit, pedih, semua itu bersilih ganti....
Namun, kesakitan itu terasa lenyap seketika pabila mendengar suara tangisan insan tercinta yang sudah sekian lama dirindui untuk menatap wajahnya.....
Saat itu menjadi memori yang terindah dalam hidupnya...
*
*
*
Pengorbanannya tidak terhenti setakat itu sahaja.....
Setiap detik dia akan berasa risau andai dia tidak melihat kita di depan mata..
Andai kita menangis kelaparan di tengah malam, dialah insan yang sanggup bersengkang mata untuk menyusukan kita....
Dialah juga yang menemani kita sejak kecil hingga besar....
*
*
*
Mungkin semua pembaca sudah dapat meneka siapakah pencinta yang sejati itu.....
*
*
*
Untuk menerangkan lagi siapakah gerangannya, anda semua mesti menjawab siapa yang melakukan perkara -perkara itu berdasarkan soalan yang diberi....
*
*
*
Siapakah yang selalu bersama ketika kita sakit?
*
Siapakah yang memujuk kita ketika kita sedih?
*
Siapakah yang sudi mendengar segala luahan hati kita?
*
Siapakah yang mengajar kita berjalan ketika kecil dahulu?
*
Siapakah yang mengangkat kita andai kita terjatuh?
*

Semestinya dia, seorang pencinta yang sejati....
Oleh itu, sebelum terlewat, hargailah dia sebaik-baiknya....
Jangan kita menyesal disaat dia telah dipanggil menemui Ilahi...
Saat itu, walau kita menangis air mata darah sekalipun tidak berguna lagi.....
>nukilantitiankehidupan<

>saya menulis untuk peringatan diri saya sendiri dan semua pembaca<





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...