Khamis, 17 Mei 2012

Tengok Luaran Je Ke???

Tengok luaran je ke???
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa kaitan tajuk ini dengan entri ini.( macam ada orang je baca...haha)
*
*
*
Tiba-tiba saya terasa seperti blog ini memanggil-manggil saya untuk menulis pasal tajuk ini. (sebenarnya takde pun)
*
*
*
Entahlah, tapi saya terasa yang tajuk ini agak penting buat saya sebagai pesanan dan saya juga ingin kongsikannya. Kalau salah, harap maafkan ye....
*
*
*
Pernah tak kita semua menilai seseorang daripada luarannya sahaja? Saya mengaku saya pernah buat begitu.
Tapikan, bila difikirkan kembali, perbuatan itu macam tak elok diamalkan. Mestilah....Hendak tahu kenapa???
*
*
*
Di sini, saya nak kongsikan penilaian saya terhadap orang lain...
*
*
*
Apabila kita nampak seseorang pemuda berpakaian selekeh dan kurus kering, mesti terlintas dekat fikiran kita yang dia adalah seorang penagih dadah, walhal kita tidak pasti pun akan kebenarannya.
*
*
*
Tetapi pernahkah kita terfikir, mungkin dia seorang yang bekerja kuat untuk mencari sesuap nasi ibarat makan pagi kais pagi, makan petang kais petang untuk menyara ibubapanya yang sakit serta keluarganya.....Pernahkah kita terfikir???
*
*
*
Apabila kita ternampak seseorang memarahi seseorang dengan sebegitu teruk, mesti kita akan terfikir yang dia itu mesti seorang yang panas baran..
*
*
*
Tetapi kita tidak tahu yang dia sudah lama menahan kesabarannya terhadap orang yang dimarahinya tadi. Mungkin itulah kali pertama dia memarahi orang lain sebegitu kerana tidak tahan memendam rasa. Mungkin ada yang berpendapat tidak perlulah dia memarahi orang sebegitu. tetapi selalunya dialah yang selalu dipersalahkan. Orang yang telah mencabar kemarahannya telah dianggap sebagai seorang yang tidak bersalah.
*
*
*
Apabila kita mendengar orang memberi nasihat kepada orang lain. Mungkin kita akan fikir yang mereka ni berlagak bagus. Kita mesti berkata yang dia pun bukan seorang yang baik.
*
*
*
Namun, kita tidak tahu, mungkin kerana dia tidak mahu orang lain membuat kesilapan yang dia pernah lakukan itu.
*
*
*
Apabila kita melihat seseorang itu selalu gembira, kita mesti beranggapan yang mereka tidak mempunyai sebarang masalah.
*
*
*
Tetapi, kita tidak tahu yang dia sebenarnya sedang menghidapi penyakit yang teruk dan hanya menunggu masa untuk meninggal dunia. Kita tidak tahu bahawa dia sengaja berpura-pura gembira kerana dia tidak ingin orang disekelilingnya merasa sedih melihat keadaannya jika dia terus bermurung.
*
*
*
Kesimpulannya, janganlah menilai seseorang daripada luaran sahaja. Tidak semestinya cantik di luar turut cantik di dalam dan tidak semestinya buruk di luar dalamannya juga buruk. Kita bukanlah sesiapa untuk menilai sama ada seseorang itu baik ataupun buruk. Hanya Allah yang boleh menilai.
Mungkin juga ada yang beranggapan melihat penampilan luaran itu penting. Tetapi, bagi saya, kalau kita tidak suka luaran seseorang itu, janganlah kita tunjukkan yang kita benci padanya sebelum kita mengemali dia dengan lebih dalam. Ingatlah bahawa tidak kenal maka tidak cinta......Assalamualaikum....
*
*
*
Semua ini hanya pandangan saya sahaja yang telah saya lihat sepanjang melewati titian kehidupan ini. Andai ada dalam tulisan saya ini kata -kata yang bisa menyinggung perasaan saya minta maaf...

>sekadar perkongsian<
>nukilantitiankehidupan<



Cuba kita lihat buku, luarnya mungkin cantik tetapi cerita di dalamnya tidak pasti lagi....Renungkanlah ~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...