Isnin, 12 Mac 2012

Resipi Mee Sakinah

bahan-bahan
  1. udang (dalam kuantiti yang diigini)
  2. mee kuning
  3. bawang putih
  4. ayam yang dah dipotong kecil-kecil/daging
  5. garam
  6. air
  7. sayuran(sawi/kobis bunga/tomato/lobak merah dan lain-lain)
  8. cili kering yang dah dikisar
cara-cara
  1. rebus kulit udang dalam periuk kecil selama beberapa minit(5 minit).
  2. ambil air rebusan udang itu.
  3. panaskan kuali atau periuk lain.
  4. tumis dengan bawang putih dan campurkan dengan air rebusan kulit udang itu tadi.
  5. letakkan cili kering secukupnya.
  6. masukkan udang,daging/ayam/fish cake ke dalam periuk itu tadi.
  7. letakkan garam secukup rasa.
  8. akhir sekali letakkan sayur-sayuran yang diiingini.
didihkan mee kuning dengan air panas sebelum dihidangkan bersama.
 Sesape yang makan mesti rasa tenang sesuai dengan name sakinah yang bermaksud ketenangan...huhuhu.....
maksud tenang kat sini ialah tenang sebab perut dah kenyang....:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...