Sabtu, 31 Mac 2012

ujian....

Kenapalah aku sering diuji? Susahnya soalan ni! Dan bermacam lagi rungutan yang meniti di bibir di kala dihimpit ujian yang mensesakkan jiwa. Tidakkah kita terfikir bahawa ujian ataupun imtihan yang datang akan lebih menguatkan kita untuk melayari kehidupan yang penuh pancaroba ini. Kita selalu berdoa agar diberi kekuatan untuk menghadapi ujian dengan tabah tapi tanpa ujian bagaimana kita mahu jadi kuat...Oleh itu, kita haruslah bersabar dalam menghadapi ujian kerana Allah tidak akan menguji seseorang itu melebihi kemampuannya sendiri. ...


Mengapa kita sering mengeluh setiap kali dilanda kesusahan
Sedangkan kita boleh meminta kepada-Nya agar diberi kekuatan
Tidakkah kita sedar ujian itu hanyalah peringatan
Buat kita yang acap kali kealpaan.

Mengapa kita suka merintih mengharapkan simpati insan
Sedangkan kita boleh mengadu kepada-Nya agar dipermudahkan
Yakinlah bahawa mehnah itu mewujudkan kekuatan
Sepanjang kita melewati kehidupan....

>nukilantitiankehidupan<

2 ulasan:

  1. Kadang kadang dalam tak sedar kita boleh mengeluh. Kan ? Apa apa pun, sebalik setiap dugaan ada hadiah nya :D

    BalasPadam
  2. Betul tu. Sebagai manusia kita juga akan berasa sering tidak puas dengan segala yang kita ada. :)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...