Rabu, 22 Mei 2013

Apa Guna, Lebih Baik...

Apa guna hidangan yang lazat,
pabila dimakan kurang nikmat.
Apa guna masa yang senggang,
jika hati tidak merasa senang.
Apa guna ilmu yang tinggi,
jika sentiasa meninggi diri.
Apa guna kawan yang ramai,
andai keikhlasan dihati tidak disemai.

Namun,
Lebih baik hidangan itu dikongsi untuk merasa nikmat.
Lebih baik masa itu diluang untuk beramal.
Lebih baik ilmu itu ditabur pada yang sudi.
Lebih baik berkawan kerana Illahi.

In Sha Allah, ketenangan hidup yang abadi akan diperolehi.

>cetusantitiankehidupan<



Sabtu, 2 Februari 2013

Bebas

Semalam ada menonton Al-Hidayah( kalau tak silaplah), ada menceritakan pasal muslimah bebas.
Maksudnya lebih kurang macam setiap muslimah itu bebas untuk melakukan perkara yang baik-baik.
Terdapat banyak ciri muslimah bebas, tapi saya hanya ingat sikit je..Bawah ini adalah antara ciri2 yang saya ingat(kalau salah tolong tegur ye :))
#mentaati ibu bapa
# tidak bergaduh dengan suami
#menutup aurat
(yang lain tak ingatlah,maaf)

Pada entri kali ini, saya hanya mahu menyampaikan pandangan saya tentang hak asasi kemanusiaan yang diperjuangkan oleh barat pada masa kini..
Saya pelik, jika barat mengamalkan hak asasi kemanusiaan, kenapa wanita Islam dilarang untuk menutup aurat dengan sempurna, mengamalkan Islam dengan sempurna. Bukankah itu merupakan hak sendiri.
Bagi saya, bagi orang Islam pula, jika mereka mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna, mereka akan bebas. Mahu tahu mengapa?
Sebabnya ialah, apabila kita seorang muslim menunaikan kewajipan kita, kita akan rasa bebas dari rasa bersalah, dan yang paling penting lagi ialah bebas daripada belenggu dosa.
Cuba kita fikir, andainya kita melengahkan solat, hati kita akan rasa tidak tenteram selagi kita tidak menunaikan solat.
Hakikatnya, bebas boleh membawa kepada pelbagai maksud bagi sesetengah manusia.
Ada yang beranggapan bebas ialah apabila negara telah merdeka daripada penjajah. Di mana mereka bebas melakukan kegiatan seharian mereka dengan damai. Ada yang beranggapan, kita tidak akan bebas seandainya pemikiran kita sentiasa dijajah dengan serangan pemikiran( ghazwul fikri).

Setakat ini saja entri saya pada kali ini. Kalau salah tolong tegur kerana saya hanya manusia yang jahil dan sering lalai dalam meniti kehidupan ini. Teguran andalah yang akan menyedarkan saya yang sering terleka ini.
(nukilantitiankehidupan)

Selasa, 1 Januari 2013

Kukuhkanlah Akarmu...


Setelah lama tidak menulis dek kerana kesibukan, terasa sukar untuk mengeluarkan idea. Lagipun entri kali inipun rasanya pendek sahaja. Cuma ingin meluahkan ilmu yang ada di hati. 
Kali ini, saya ingin menceritakan perkara yang menjadi tunjang dalam kehidupan kita sebagai orang Islam..
Perkara itu ialah AKIDAH.......
Analoginya begini......

Akidah boleh diibaratkan seperti akar sepohon pokok. Jika kukuh akarnya, maka kuatlah pokoknya itu. Oleh itu, untuk menjadi seorang muslim yang baik, kita mestilah memantapkan akar kita..
Kenapa saya katakan akidah itu umpama akar yang menjadi tunjang kehidupan kita, bukan ibadah dan akhlak????...
Jika seseorang itu mempunyai akidah yang mantap, secara automatiknya dia akan melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh...

Ibadah pula ibarat daun dan pucuk di sepohon pokok. Untuk memastikan pokok itu dapat meneruskan kelangsungan hidupnya, daun dan pucuk itu mestilah berusaha untuk mencari cahaya matahari untuk melengkapkan proses fotosintesis. Sebagai manusia, kita mestilah berusaha untuk beribadat dengan ibadah yang sahih, yaitu yang dilakukan kerana Allah...ingat hanya LILLAHI TAALA..

Akhir sekali, akhlak boleh dianalogikan sebagai buah. Jika akarnya kuat dan daunnya sihat, nescaya akan menghasilkan buah yang sedap dan cantik. Begitu jugalah dengan akhlak kita. Jika akidah kita mantap, ibadah kita ikhlas dan sempurna akan menzahirkan akhlak yang baik secara tidak langsung.WallahuA'lam...

 sekadar perkongsian...kalau salah tolong betulkan..^-^
nukilantitiankehidupan





Selasa, 30 Oktober 2012

Hidup dan pancaroba

Hidup ini penuh pancaroba,
kiri kanan masalah saja.....
lalalalal....
Tiba-tiba teringat lagu nyanyian Amy Mastura.......
Tetapi betul lirik lagu itu,,,,
memang hidup ini penuh dengan pancaroba,
Sejak dari kita kecil sampailah besar, mesti ada ujian ataupun imtihan menimpa kita.
Namun, kita harus ingat bahawa semua ujian itulah yang menjadikan kita matang dalam meniti titian hidup ini.
Serius?????
Mestilah serius.
Cuba kita renung kembali zaman kanak-kanak kita...
Tahun di mana kita baru hendak belajar berbasikal.
Saya amat yakin bahawa hampir semua orang pernah jatuh ketika pertama kali menunggang basikal.
Saya pun pernah.
Saya masih ingat lagi ketika ayah saya mendukung saya kerana lutut saya berdarah akibat terjatuh daripada basikal.
Saya tidak mahu cerita kisah saya dahulu, tetapi saya ingin kita renung kembali.
Peristiwa jatuh basikallah yang menjadikan kita pandai menunggang basikal pada akhirnya. Ini kerana, jika kita jatuh kita akan berusaha untuk menunggang basikal dengan betul dan berhati-hati agar kita tidak jatuh lagi sampai kita berjaya....
Begitu juga dengan hidup...
Kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi ujian yang pada akhirnya menjadika kita lebih matang....
Setiap orang yang berjaya pasti pernah melalui kegagalan dalam hidupnya...
Kegagalan atau ujian itulah yang menjadi penanda aras kita untuk memperbaiki kelemahan kita..
Akhir sekali, yakinlah bahawa Allah tidak akan menguji kita dengan ujian yang kita tidak mampu hadapi...

^-^

Duhai Hati

Duhai hati,
Bermacam jenis perasaan berlabuh di situ,
Sedih, suka, marah, cinta, kasih dan segala rasa yang ada,
Membuatkan si pemilik sering terkeliru,
Tentang apa yang berada di atmanya sendiri.

Duhai hati,
Pabila marah menguasai diri,
Fikiran sudah tidak terkawal lagi,
Hanya hati yang mengawal diri,
Dengan berbekalkan iman ataupun nafsu.

Duhai hati,
Pabila cinta datang mengetuk,
Pemilikmu sering berasa tidak senang,
Dek penangan rindu dan kasih,
Yang datang tanpa diminta.

Sabtu, 8 September 2012

Hidup Ini Ada Jatuh Bangunnya-Sedarlah

Pernahkah kita teringat tentang diri kita pada masa dulu. Dimana kita berada di atas, tidak kisahlah dari segi pendidikan ataupun tidak. Saya pasti ramai di antara kita pernah mengalami keadaan sebegitu, tidak kiralah untuk jangkamasa yang lama ataupun tidak,. Saat itu, adakah kita pernah bersyukur, ataupun kita hanya berlagak sombong dan riak dengan kelebihan kita. Adakah kita menggunakan kelebihan kita itu untuk membantu orang lain ataupun tidak, malah kita lagi menyusahkan orang lain? Cuba kita fikir sejenak.....

Dan pada satu masa kita jatuh. Sememangnya itulah lumrah hidup, bak kata orang hidup ini ibarat roda pedati. Kadangkala kita berada di bawah dan di atas. Apabila kita jatuh, pernahkah kita muhasabah diri kita semula? Ataupun sekadar menyalahkan takdir,,,,,harap-harap tidaklah. Pernahkah kita terfikir bahawa kegagalan kita itu membawa seribu hikmah tanpa kita sedari? Pernahkah kita mengambil iktibar daripada kegagalan kita itu bahawa semua kehebatan kita tidak akan berkekalan? Pernahkah! Pernahkah! Pernahkah!

merenungkesilapandiri
>nukilantitiankehidupan<

Jumaat, 24 Ogos 2012

menjenguk

Dah lama saya tidak menjengah blog ini lantaran sibuk dengan urusan seharian. Sebenarnya, saya tak tahu nak tulis pasal entri apa tapi nak tulis jugak, macam mana tu...hehe
idea,idea......mehlah sini
~
~
~
baiklah, sekarang saya akan tulis je ape yang terlintas difikiran.
sejak masuk ke universiti sebagai budak asasi banyak yang saya pelajari, nak lagi universiti yang saya masuk ada 'title' agama.
sejak dari sekolah menengah masuk sekolah agama, sampai u pun islamik. bila difikirkan balik, mungkin ada hikmahnya saya masuk situ. mungkin kalau saya masuk u lain, perangai saya akan menjadi teruk kot. 
cukuplah tu, dah ada idea nak tulis apa....

di universiti ini, pelajar asasinya terdiri daripada pelajar dari seluruh negeri di malaysia. macam-macam loghat ada. kedah, pining,kelantan....ganu pung ada...hehe
tapi, saya suka dengar orang cakap loghat kedah. tak tahu kenapa saya boleh suka, mungkin jodoh orang sane kot.....(merepek je)
oklah, sebenarnya 'housemate' saya ada orang kedah, tulah pasai.
macam ni kisahnya........jengjengjeng.....
pada zaman dahulu....
...
...
...
krik...krik
boringlah
......
sebenarnya, ceritanya mungkin tak kelakar bagi orang lain, tapi bagi kami serumah agak kelakar jugaklah...
selalunya, kami serumah akan berkumpul untuk makan bersama setelah balik dari kuliah.
nak dijadikan cerita, ada seorang kawan saya tu tersendawa,  dia orang kedah.
pastu dia cakaplah,lebih kurang macam ni."kalau mak sayalah dengar saya belahak macam ni, mesti dia marah." masa tu, satu rumah tergelak dengar perkataan BELAHAK tu.
mungkin bunyi sebutannya agak kelakar kot, sebab tu yang kitorang gelak ramai-ramai. dahlah masa tu baru selesai makan.


tu je yang saya nak tulis......selamat hari raya,,maaf zahir batin 

                                                                   

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...