Khamis, 16 November 2017

Sedikit Perkongsian...

Fuhh...fuhh....fuhhhhhh. Banyaknya habuk di blog ini setelah sekian lama tidak menjenguk. Maaf kepada para pembaca kerana sudah lama tidak menulis (Macam ada je orang yang baca...hee).
.
.
.
.
.
.
Nukilan Hati

Pesan pada diri, mungkin pada ketika ini kita derita, mungkin pada ketika ini kita hilang arah dalam hidup kita setelah apa yang kita mahukan sukar dikecapi. Seolah-olah, segala yang diangankan tiada petanda untuk terlaksana. Namun, percayalah, selagi kita bergelar hamba Tuhan, rezeki kita akan sampai satu hari nanti. Mungkin, apa yang kita mahu bukan yang terbaik untuk kita. Ataupun, mungkin yang kita mahu akan mendatangkan mudharat kepada kita. Percayalah, Allah sudah merencanakan yang terbaik kepada kita.

Ingatlah, semua manusia ada rezeki masing-masing. Jangan mudah mengalah tapi teruskanlah melangkah. Pokok di hutan pun boleh meneruskan kehidupannya dengan rezeki Tuhan, apatah lagi kita manusia yang dikurniakan akal yang sihat, kudrat yang kuat untuk terus berusaha. Apapun, yakin dan percayalah, Tuhan tidak akan meninggalkan hamba Nya keseorangan dalam meniti kehidupan ini.




Selamat malam

#nukilantitiankehidupan
#sedikitperkongsian
#semogateruskuat

Isnin, 29 Februari 2016

Empat tahun sekali???

Setelah empat tahun, akhirnya muncul kembali tarikh yang amat ditunggu oleh manusia terutamanya yang lahir pada tarikh ini. Tarikh yang amat dinanti itu ialah tanggal 29 Februari. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada setiap orang yang lahir pada 29 haribulan dua ini. Kita juga selaku makhluk-Nya juga haruslah bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas, memperbaiki diri dan seterusnya menjadi hamba-Nya yang taat. Nikmatilah hidup yang masih ada ini untuk menjadi seorang khalifah di muka bumi Tuhan yang penuh barakah ini. Insya Allah. Kita akan dapat melakukannya jika disertakan dengan keazaman diri yang kuat untuk berubah. Tapi, kadangkala pabila kita terasa lelah dalam meniti hari yang mendatang, ingatlah bahawa dugaan itulah yang membentuk kita menjadi insan yang lebih baik. Berlian juga pada awalnya tidak bersinar tetapi setelah sekian lama menghadapi tekanan, ia tetap bersinar bahkan menjadi igauan para wanita untuk dijadikan sebagai perhiasan. Setakat itu saja coretan saya pada kali ini. Moga kita akan bertemu lagi pada tarikh ini, iaitu 29 Februari dalam keadaan kita yang lebih baik. Insya Allah, semua itu akan berlaku hanya dengan izin yang Maha Esa.

Rabu, 3 Februari 2016

Tahun Baru 2016

2016

         Pejam celik, pejam celik, kita sudah berada di tahun 2016. Alhamdulillah, masih diberi umur yang panjang dan peluang untuk mencelikkan mata dan berada di tahun 2016 ini. Sungguhpun tahun ini kita akan mengalami masalah kegawatan ekonomi, tapi kita harus bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk berusaha untuk menambahkan bekalan kita untuk tempat yang kita akan tuju nanti. kerana sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Meskipun apa yang kita hadapi sepanjang hidup ini,  kita haruslah tabah kerana setiap kesulitan itu pasti ada kesenangan. Setakat itu saja coretan saya untuk pos yang pertama di tahun baru ini.










Sabtu, 19 Julai 2014

Percayalah, Setiap yang Berlaku Ada Hikmahnya...(MH17)

      Pada tanggal 18 Julai 2014, rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan peristiwa terhempasnya pesawat Boeing 777-200 MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.Pesawat ini yang dijangka tiba lebih kurang pukul 6.10 pagi 18 Julai di KLIA telah terhempas lebih kurang pukul 12.00 pagi. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita berdoa agar saudara-saudara kita yang menjadi nahas dalam kapal terbang itu ditempatkan  di kalangan orang-orang yang beriman dan semoga Allah kuatkan hati keluarga mereka untuk menghadapi ujian ini dengan redha. Amiin.

#Al-Fatihah

Khamis, 17 Julai 2014

Gaza,Palestin..(Pray for Them)

Assalamualaikum,,
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang...





Pada malam tadi, seorang rakyat Palestin, saudara Muaz, yang kini sedang belajar di Universiti Islam Antarabangsa,UIA, telah datang ke masjid di Rembau untuk mengimami Solat Sunat Tarawikh dan pada masa yang sama untuk memberi tazkirah sedikit tentang Palestin, khususnya Gaza.

Pada awal tazkirahnya, beliau telah menceritakan serba sedikit tentang Gaza. Menurutnya, Gaza hanyalah sebahagian kecil daripada Palestin dan bilangan penduduk Islamnya lebih kurang 2 bilion orang.
Beliau juga menceritakan bahawa rejim Zionis telah membina tembok setinggi 15 meter di sekeliling Gaza. Selain itu, rakyat Gaza hanya dibenarkan untuk memancing hanya sejauh 3 kilometer di laut dan jika mereka melepasi sempadan itu mereka akan ditembak. Betapa KEJAMNYA REJIM ZIONIS terhadap mereka. Setakat 3 km itu, berapa sangatlah ikan yang dapat ditangkap oleh penduduk Gaza.

Seterusnya,saya tidak ingatlah bila ia berlaku tapi tentera Israel Laknatullah telah menculik seorang kanak-kanak Gaza yang baru berusia 11 tahun. Ketika dalam tahanan Israel, dia telah dipaksa untuk meminum petrol dan badannya telah disiram dengan petrol sebelum dibakar. Jujur saya katakan, tentera-tentera Israel ini langsung tidak mempunyai perikemanusian bahkan mereka lebih teruk lagi dari haiwan.

Rejim Zionis juga melakukan serangan daripada udara untuk membunuh para Mujahidin termasuk orang awam,wanita dan kanak-kanak.

Sebelum mengakhiri tazkirahnya, saudara Muaz juga menyampaikan pesanan kepada kita untuk menolong rakyat di Gaza, Palestin. Beliau meminta kita untuk mendoakan rakyat-rakyat di sana kerana sesungguhnya doa itu merupaka senjata seorang Muslim. Kita juga digalakkan untuk bersedekah kepada mereka seberapa banyak yang kita mampu dan niatkanlah sedekah kita itu hanya kerana Allah.

Setakat itu saja perkongsian saya pada kali ini. 

#untuk maklumat lanjut mengenai Palestin bolehlah layari laman web ini.

Jumaat, 14 Februari 2014

Ikan atau Pancing???

Assalamualaikum semua,
Jujur. Lima bulan itu adalah satu tempoh yang sangat lama. Banyak perkara yang telah berlaku. Dari mula sambung belajar sebagai pelajar tahun 1, sem 1 sehingga keputusan peperiksaan  keluar, barulah saya dapat menulis kembali dek kerana kesibukan..(sibuk ke??) Sebenarnya malas..hehe
Ok, kembali kepada tujuan asal.
#
#
#
Cuba anda semua fikirkan sejenak, antara ikan dan pancing, mane lebih baik..
Bagi orang yang tidak berfikir panjang, mungkin dia akan memilih ikan dan sebaliknya.
(ish..ape kaitan pancing dengan ikan ni..)

Bagi orang yang pilih ikan, mungkin dia akan rasa gembira kerana dia sudah ada bahan untuk dijadikan lauk pada hari ini, tetapi dia tidak sedar yang ikan itu akan habis dalam masa yang singkat.
Berbeza pula dengan orang yang memilih pancing, dia akan sentiasa dapat ikan selagi dia manfaatkan pancing yang dia ada itu dengan sebaik-baiknya. Mungkin jika dia ambil ikan dia akan dapat manfaatnya dengan segera tanpa perlu bersusah payah, tetapi dia lebih memikirkan kebaikannya untuk jangka masa yang panjang.  ada faham..hehe

Betul kata orang kesenangan tidak akan datang bergolek. Jika senang kita dapat sesuatu, senanglah untuk kita kehilangannya. Segalanya perlukan usaha. Semuanya menuntut pengorbanan.

Berbalik kepada ikan dan pancing itu tadi, orang yang memilih ikan akan sentiasa mengharapkan ikan sahaja, manakala orang yang memilih pancing itu boleh menggunakannya dengan sebaik-baiknya untuk memancing ikan pada bila-bila masa yang dia mahu.
Kesimpulannya, cuba kita kaitkan dengan kehidupan kita, jika ada orang yang meminta pertolongan daripada kita, pertolongan yang macam mana yang kita akan beri. Ikan atau pancing?

Keputusan terletak pada diri anda,
Renung-renungkan dan selamat beramal.. ^_^








  (## ikan dan pancing hanyalah sebagai analogi) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...