Isnin, 29 Februari 2016

Empat tahun sekali???

Setelah empat tahun, akhirnya muncul kembali tarikh yang amat ditunggu oleh manusia terutamanya yang lahir pada tarikh ini. Tarikh yang amat dinanti itu ialah tanggal 29 Februari. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada setiap orang yang lahir pada 29 haribulan dua ini. Kita juga selaku makhluk-Nya juga haruslah bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas, memperbaiki diri dan seterusnya menjadi hamba-Nya yang taat. Nikmatilah hidup yang masih ada ini untuk menjadi seorang khalifah di muka bumi Tuhan yang penuh barakah ini. Insya Allah. Kita akan dapat melakukannya jika disertakan dengan keazaman diri yang kuat untuk berubah. Tapi, kadangkala pabila kita terasa lelah dalam meniti hari yang mendatang, ingatlah bahawa dugaan itulah yang membentuk kita menjadi insan yang lebih baik. Berlian juga pada awalnya tidak bersinar tetapi setelah sekian lama menghadapi tekanan, ia tetap bersinar bahkan menjadi igauan para wanita untuk dijadikan sebagai perhiasan. Setakat itu saja coretan saya pada kali ini. Moga kita akan bertemu lagi pada tarikh ini, iaitu 29 Februari dalam keadaan kita yang lebih baik. Insya Allah, semua itu akan berlaku hanya dengan izin yang Maha Esa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...