Isnin, 24 Jun 2013

Dia Sudah Datang :)

Assalamualaikum semua
Setelah sekian lama membiarkan blog ini bersarang, akhirnya pada hari ini saya, pemilik blog Titian Kehidupan dengan rasminya akan membersihkan blog ini. Akhirnya tercetuslah juga idea saya untuk menulis pada kali ini. Namun, sebelum itu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir, Sanah Helwah, Happy Birthday dan Saengil chukha hamnida kepada rakan saya Ismi Hawa! (nama gelarannya di blog). Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan harap kita akan berjumpa lagi.Ameen.
*
*
*
Dia datang, dengan lenggang-lenggoknya....blablabla...
Ok, berbalik kepada tajuk entri saya ini, rasa-rasanya apa yang bakal saya tulis?
Sememangnya tentang isu yang tengah panas sekarang, iaitu JEREBU.
Akhirnya, semalam jerebu telah datang ke tempat saya. Sebelum ini hanya tengok di televisyen, Johor antara negeri yang teruk dilanda jerebu. Tetapi, setakat ini tidak ada sekolah pun yang ditutup di tempat saya. Saya yang sudah sememangnya sedang bercuti tidaklah terasa jika sekolah ditutup ataupun tidak tapi adik-adik saya heboh mahu cuti. Mereka ingatkan mereka boleh cuti tetapi maaflah kerana di sini keadaannya tidaklah teruk jerebunya berbanding negeri lain.
Saya pun cakaplah kepada adik saya, baguslah tak cuti, dapat belajar. Dia pun kata, kakak bestlah cuti lama.
Ok, saya faham, ini mesti kes cemburu melihat orang lain cuti.hehehe
Setakat itu sahaja coretan saya pada kali ini tetapi sebelum itu saya ingin menyampaikan sedikit pesanan disebabkan cuaca yang berjerebu sekarang...
  1. Kurangkan aktiviti luar terutamanya budak-budak yang suka sangat main petang di luar rumah. Memanglah kalau sakit dapat cuti, tapi apa gunanya cuti kalau badan tidak sihat.
  2. Banyakkan minum air masak.
  3. Kerap kali basuh muka dan mandi setelah melakukan aktiviti di luar.
  4. Bagi yang menghidapi asma, sakit jantung dan penyakit lain yang berkaitan dengan masalah pernafasan, harap boleh segera rujuk ke klinik ataupun hospital yang berdekatan jika terdapat tanda-tanda seperti sesak nafas, mata berair dan pedih kerongkong. Ingatlah bahawa dirimu begitu berharga.
  5. Akhir sekali, digalakkan agar memakai penutup mulut ataupun mask

Setakat itu sahaja pesanan masyarakat dari saya. Wallahua'lam..

inilah rupanya penutup mulut tu...




Antara pemandangan berjerebu di Malaysia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...