Isnin, 18 Jun 2012

Secebis Perkongsian...


Sepanjang belajar di tempat baru ini, banyak pengalaman baru yang saya tempuhi disamping teman-teman baru yang datang dari seluruh pelosok Malaysia. Walaupun saya baru bergelar pelajar asasi, sedikit sebanyak saya dapat merasa kehidupan di universiti. Setakat ini, saya rasa belajar di sini amat mencabar kerana di sini, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri sama ada mahu belajar atupun tidak. Tidak macam di sekolah dulu, semuanya cikgu yang suapkan. Sekarang barulah saya terasa yang sekolah lagi baik daeipada universiti, tetapi walaubagaimanapun saya kena tempuhi juga demi menggapai cita-cita.

Pada satu hari, ada seorang pensyarah yang mengatakan bahawa kehidupan sebagi pelajar asasi ini sungguh mencabar kerana masa pembelajaran yang padat. Oleh itu, beliau menasihatkan kami semua agar tidak merasa terbeban sangat dengan kehidupan di sini. Beliau juga menasihatkan kami agar tidak terlalu stress dan perlu belajar untuk menerima perkara baru. Kami juga digalakkan agar meluangkan sedikit masa untuk bersuka bagi mengelakkan stress.

Bagi soal pemakaian pula, kami di sini dibolehkan memakai sebarang pakaian asalkan mentup aurat. Tetapi, tidak akan ada orang pun yang akan meneggur jika pemakaian kita tidak sempurna. Pandai-pandailah kita untuk mempraktikkan segala yang telah dipelajari di sekolah dulu.

Di sini, juga tidak ada orang yang akan menyuruh kita untuk pergi surau untuk bersolat jemaah. Semuanya bergantung kepada diri sendiri. Bahkan orang lain pun tidak akan mengambil kira sama ada kita bersolat ataupun tidak. Nasib baiklah kami semua mempunyai latar belakang agama yang agak baik, sekurang-kurangnya kami boleh menegur antara satu sama lain. Saya amat bersyukur kerana mendapat rakan-rakan serumah yang baik-baik belaka dan mudah diajak berbincang.

Rutin saya seharian agak padat juga. Saya akan bangun seawal pukul 6 pagi untuk mempersiapkan diri dan bersolat. Jika kuliah mula awal,kami akan bersiap untuk menaiki bas awal dan bersarapan di sana. Jika tidak, kami akan bersarapan di rumah. Seharian kami akan berada di universiti. Lebih kurang pukul lima setengah petang ataupun enam petang barulah kami tiba di kolej kediaman.
Kadang-kadang, saya dan rakan serumah akan berbual bersama-sama dan bergelak tawa untuk menghilangkan stress setelah penat seharian.

Waktu tidur saya pula tidak menentu. Kadang-kadang saya akan tidur lewat untuk mengulangkaji pelajaran. Kadang-kadang saya akan tidur awal kerana kepenatan.

Kalau mahu diikutkan hati, letih tu memang letih, tetapi kita mesti kuat. Kadang-kadang saya merasakan yang saya tidak kuat untuk menghadapinya tetapi saya cuba lawan. Sebagai seorang Muslim kita kena kuat untuk berjuang. Kalau kita rasa lemah, kita mesti sematkan dalam hati bahawa Allah tidak akan menguji kita melebihi batas kemampuan kita. Setakat ini perkongsian saya kali ini.
Sekadar perkongsian
nukilantitiankehidupan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...